Penglibatan di dalam politik Shahrizat_Abdul_Jalil

Ketua Wanita UMNO Cawangan, Bahagian dan Biro

Penglibatan Shahrizat dalam arena politik pada tahun 1982 apabila beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Kepong Baru. Bermula tahun 1987, beliau telah menjawat beberapa jawatan di dalam biro-biro Wanita UMNO seperti Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Biro Ekonomi dan Biro Hal Ehwal Wanita UMNO Malaysia. Pada tahun 1989 beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dan dipilih sebagai Ahli Exco Wanita UMNO Malaysia.

Menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet

Mengiringi calon PRK Hulu Selangor 2010, P. Kamalanathan bersama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Noh Omar dan perwakilan dari Barisan Nasional, Ahmad Maslan

Pada pilihan raya umum 1995, YB. Tan Sri telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai. Dengan kemenangan ini, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pada pilihan raya umum 1999, Shahrizat telah berjaya mempertahankan Kerusi Parlimen Lembah Pantai. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Shahrizat telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada tahun 1996 hingga 1999. Pada tahun 2000, beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua, Wanita UMNO Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, beliau juga dipilih sebagai pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia pada Disember 1999 selama dua tahun dan juga sebagai Pengerusi CPA South East Asia Region.

Pada tahun 2004, Shahrizat telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau juga aktif di dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (1) PENIAGAWATI dan menjadi Presiden Pertama Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM). Beliau juga dipilih sebagai Anggota Ahli Dewan (Counsillor) dalam Council of The Asia-Australia Institute.

Pada 27 April 2018 ,Shahrizat telah mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).Keputusan itu bagi membolehkan beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengemudi jentera Wanita di seluruh negara.